Saturday, May 8, 2010

DUIT...



Duit… mengikut kamus dewan jilid 2 muka surat 6, duit tu bermaksud sesuatu yang bernilai..Bila sebut duit orang akan jadi pening…pening memikirkan bagaimana nak mendapatkan duit. Kadang-kadang ada orang pening nak menghabihkan duit yang dia ade. Ada yg sanggup rompak bankle, bunuh2le semata2 kerana duit…

Bagi aku duit tu bermaksud…
D – Doa
U – Usaha
I – Ikhtiar
T – Tawakal

Aku berpegang pada prinsip ni.. Kalo kita ni asyik berdoa tapi xde usaha xde gunanya…Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba..xkan turunnya…

Tapi kalo kita asyik usaha tanpa berdoa…jangan haraple kita akan mendapat keberkatan dan kadang2 kita xkan tercapai apa yg dihasratkan..

Tapi kalo dah doa, dah usaha tapi xguna kepala otak untuk berikhtiar pun xbley jadi ape…xguna kepala otak alamatnya mesti kerja merapu2..

Akhir sekali Tawakal…selepas kita dah berdoa, usaha n ikhtiar maka last sekali kita perlulah bertawakal… Kadang-kadang ape yang kita lakukan mestilah ada satu tahap yang kita gariskan sebagai maksimum…itu ialah langkah terakhir sebagai garis hidup kita..Bertawakal pada Tuhan. Seandainya hasrat kita tercapai maka anggaplah itu rezeki dan bersyukurlah. Tapi kalau kita kita tidak dapat apa yang dihasratkan maka ADA HIKMAH DISEBALIKNYA…


Dalam Islam pun selalu diutarakan dalam membuat sesuatu tindakan supaya doa, usaha ikhtiar dan tawakal. Akhir kata kalo kita berpegang pada prinsip D(doa), U(usaha), I(ikhtiar), T(tawakal) semua impian akan jadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment